Sunday, July 22, 2007

Antara Mimpi dan Realiti

“Hi CuteGal. Cute, kenapa lambat masuk? Semalam u janji nak masuk pukul 10 malam? I ada lah tunggu,”

“Sory MachoMan. I tertidur tadi. Penat lah. Dah lama tunggu?”aku jawab dengan ringkas.

“Abih! Berpeluh peluh I tunggu. Berlambak orang tadi message I. Semua I tak layan.”

“Lerr. Kenapa tak layan? Takkan lah nak chat dengan I aje. Tak bosan ke?”

“Entahlah I rasa chat dgn pompan lain tak segerek chat dengan u ah.”

“You pun satu pakai nick macam gitu. Nick awak tu sebenarnya memancing pompan tau tak? Tukar lah nick.”

“Eleh nick ni jugak yang buat kita bertemu di sini kan J.”

“Ye lah Encik Macho dah mula lah beromantik tu?”

“Sorylah Macho. Hari ni I tak dapat chat lama lah. I betul betul penat. Sebenarnya tadi petang I pergi rumah makcik I lepas tu pergi hospital lepas tu pergi sana dan situ. Penat lah. Esok aje kita chat eh. Bye.”

CuteGal – Quit

************************

Bagaimana agaknya rupa si CuteGal eh. Mesti cute punya. Itulah pertanyaan yang sering ditanya tanya oleh MachoMan, nama samaran yang dikenali dalam MIRC. Nama sebenarnya Khalid. Sudah empat bulan Khalid bersembang dengan CuteGal di MIRC tapi tidak pernah lihat gambarnya ataupun sekurang-kurangnya berbual dengannya di telefon. Jangan cakap berbual, nama sebenar CuteGal juga tidak diketahui. CuteGal pula asyik berahsia sahaja apabila ditanya tentang dirinya. Tapi Macho tidak pernah bosan malahan dia bertekad untuk mengenali si CuteGal ini lebih mendalam lagi dan mengorek tentang diri sebenar CuteGal.

“Hoi Mat! Termenung jauh nampak? Eh amacam si CuteGal kau tu? Bila kau nak jumpa dia?” sergah Samad teman karibku.

“Kau ni Sam, nengkali masuk tu berilah salam. Ini tidak main sergah ke. Mana pergi kesompanan kau sebagai seorang lelaki?” aku menyakat Samad.

“Amboi berbudi bahasa nampak? Sejak bila ni? Eh is this Khalid yang aku kenali?” soal Samad sambil menepuk-nepuk pipiku.

“Dah jangan nak merepek. Sam, aku rasa aku ni macam dah jatuh cinta lah.”

“Jatuh cinta? Serius? Hahahha. Dengan siapa? Peah? Bedah? Petom? Cepat cakap siapa nama dia. Nanti aku tolong risikkan,” usik Samad.

“Aku pun tak tahu adakah ini cinta ke atau pun setakat suka.”

“Oi bengap! Cinta dengan suka sama aje lah. Dari suka terus ke cinta. Doink. Dah jangan merepek. Eh siapa ah kau suka? OI mat jangan lah tersengeh aje. Aku sekel kang. Kau ingat gigikau tu cantik sangat ke? Dah lah kuning. Kau tak berus eh? Buat malu kaum aku aje.”

“Jangan main main ah Sam. Aku tengah pikiran ni. Aku macam dah tersuka lah pat si CuteGal tu. Kau tengok eh Sam, bila aku masuk MIRC aje mesti aku cari dia. Semua orang aku tak layan kecuali dia. Sam tolong aku ah. Macam mana ni ah?”

“HAHAHA. Cinta buta! Oi mat kental. Kau ni main hentam aje suka pat orang yang tak pernah kau nampak, yang tak pernah kau berbual, nama pun tak tahu? Entah-entah dia cacat ke, gemuk ke, gigi kuning macam kau ke, yang paling teruk sekali dia lelaki menyamar sebagai pompan. Dah lah Khalid, kau jangan percaya sangat dengan internet ni. Merepek ah. Kalau nak cari jodoh pun carilah yang real punya. Ha pat tempat kerja kau tu berlambak.”

“Itulah masalahnya. Tapi dia telah mencuri hati aku. Bahasa yang digunakan, cara dia berbual, sungguh sopan. Oh CuteGal, pujaan hatiku,” Khalid berangan sambil memeluk bantal busuknya.

*********************************

“Sory Macho. Mak I panggil makan tadi. So where were we?” Diana sambung ‘berchatting’ dengan si Mat Macho.

“Tak pe. Oh ya tadi kita berbual pasal kerja. Anyway CuteGal. Boleh Macho tanya something?”

“Ok tanyalah.”

“Bila Cute nak beritahu Macho tentang diri Cute sebenarnya? At least bilanglah nama kalau boleh kasi lah nombor telefon sekali. Boleh kita berbual secara ‘live’ di telefon. Penat lah asyik taip aje.”

“Oh! So Macho dah penat lah ‘chatting’ dengan Cute? Ok tak pe kalau tak suka cakap.” Diana pura-pura merajuk.

“Sory!Sory! I bukan bermaksud begitu. Tapi kita dah lama ‘chatting’ di IRC. Kalau boleh Macho nak mengenali diri Cute lebih mendalam lagi. Macho masih tak faham kenapa Cute masih nak berahsia. Macho bukan nak sebarkan nama atau nombor telefon Cute pat orang?”

“Sory Macho. Bukan masanya lagi. Bersabar sahaja ya?”

“Cute. Frankly speaking sebenarnya, Macho tertarik hati dengan Cute. I tak tahu kenapa. Tapi ada suatu perasaan yang susah Macho nak terangkan setiap kali bersembang dengan Cute.”

“WHAT?!”

“Sory for being too frank L

CuteGal-Quit

Ha. Akhirnya Khalid meluahkan isi hatinya yang sekian lama terpendam. Berani juga si Khalid meluahkan perasaanya kepada seorang yang tidak pernah dilihat dan dikenali.

Kalau setakat kenal sebagai CuteGal mana cukup. Entah-entah nama samaran aje cute tapi orangnya?

Diana terus keluar dalam bilik IRC itu. Diana terpaku. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Diana termenung jauh memikirkan kata-kata Si Macho. Adakah suatu pengakuan yang ikhlas? Tapi tidak mungkin, Macho tidak pernah lihat wajah Diana. Diana pun tidak pernah lihat gambar Macho. Lagipun dia tidak bertanya apa apa tentang diri Macho.

Diana tersenyum lalu menggelengkan kepala. Tidak sangka ada orang boleh jatuh cinta dengannya di ruang siber. Inilah dinamakan zaman teknologi. Diana akui dia suka berbual-bual dengan Khalid. Perasaan suka tu belum berputik sangat tapi sudah ada tanda-tandanya. Diana masih mahu menyembunyikan identitinya.

Diana tidak berniat hendak main-mainkan si Macho tu tapi Diana mahu menguji betapa jauh keihklasan Macho. Kini sudah genap setengah tahun mereka berkenalan di ruang siber. Diana akhirnya rela memberitahu identitinya yang sebenar.

*********************

“Hey CuteGal. Kenapa dah lama menghilangkan diri? Marahkan Macho eh?”

“Sory Macho. Cute sibuk dengan kerja sikit. Tak lah Cute tak marah. Sebenarnya Cute terpegun. Hehehe.”

“Ok lupakan lah semuanya. Just pretend nothing happened ok?”

“Ok Macho. Cute dah buat keputusan. Hari ini kita akan bongkar identiti masing-masing. Mulakan dengan Macho.”

“Betul ke ni?”

“Aik tak percaya?”

“SAMMMMM. Sini, Cute akhirnya akan berterus terang dengan aku identiti dirinya. Cepat lah datang sini gi amik kerusi sana.” Teriak Khalid memanggil Samad yang sedang menggodeh cakera padat Khalid.

“Ok Cute. Seperti apa yang you tahu nama saya Khalid berumur 22 tahun. So bagaimana pula dengan you?”

“Nantilah tak cukup. You kerja di mana? Sebagai apa? kalau boleh hantar sekali gambar you lah.” Jawab Diana.

“Sam kau tengok. Eeeee bestnya……Akhirnya Akhirnya!!!!”

“Eh relaks lah brader. Cepat taip. Aku pun nak tau siapa Si Cute ni.” Samad juga bersemangat menunggu.

“Ok. Saya bekerja sebagai pegawai bank di DBS di Orchard Road. Eh Cute kita ni macam baru berkenalan pulak eh? Hehehe” Khalid pun menghantar gambarnya melalui internet.

J ye lah. Tak apa you nak sangat tahu tentang I kan?”

“Hey. You hensem lah. Macho pulak tu. Sajak dengan nick you. Pegawai bank pula tu. Wah ada kelas. Budak sebelah you tu siapa?”

“Alah jangan cakap macam gitu. You apa kurangnya. Mesti Cute. Sebelah I tu bestfren I. Nama dia Samad. Dia pun sama umur dan bekerja sebagai pegawai bank dengan I. Eh sekarang you punya turn lah.

“Ok. Nama saya Diana. Umur you tahukan baru nak naik 21 tahun. I bekerja sebagai seorang kerani sahaja di HP.” Jawab Diana ringkas lalu menghantar gambarnya melalui internet juga.

“Ok lah tu apa yang nak dimalukan?”

“Dah dapat gambar?”

“Nanti ya saya bukak filenya.”

“ARGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!SAMMMMMMMMMM!”

“HAHAHAHHAHAHA. Ah kau cute habis!”

“Menyesal aku menyesal!!!!”

“Tak baik kau. Dia bukannya cacat. Kau jugak yang nak sangatkan? Ambik kau!”

“Yelah tapi kau bukan tak tahu taste aku. EEEEEEEE. Gemuknya. Eh Sam kalahkan mak aku ah! EEEEEEE banyaknya babat. EEEEEE geli aku cute konon. Muka dia tak nampak ah dia pakai topi. Tapi aku gerenti muka dia pun peh tak leh cakap ah. Gemuk rabak.”

“U there Macho,” Diana menunggu jawapan dari Khalid.

“Oh ya ya. Nice pics. Cutenya you J.”

“Terima kasih. Saya tahu awak mengutuk saya. I gemuk I tahu.”

“Eh tak lah. I tak kutuk you pun.”

“So no telefon I nak ke tak nak? Atau u nak I telefon you hensem man?”

“Errr. Bolehlah. U telefon I. Eh sory Diana I nak pergi toilet sekejap. Nanti I masuk balik eh.”

Quit-MachoMan

***********************

“Kurang asam kau Khalid! Oh. Bila tengok gambar dia aje terus tak nak berbual. Tak gentleman lah kau.”

“Sam aku tak sanggup Sam oh tidak. Ok kalau kau jadi aku kau nak tak?”

“Aku tak sekejam kau. yang penting orang tu sempurna, baik. Aku tak memilih macam kau.”

“Oh Tidak. Oh no. Kau nak cakap apa kau cakap tapi aku tak mahu jumpa dia atau ‘chat’ dengan dia lagi. Kalau kau nak kau ambik ah.”

“Kau cabar aku? Jangan menyesal Khalid. Aku no hal. Aku pun tengah single ni.”

“EE orang macam tu pun kau nak? Ialah aku bukan nak menghina dia tapi. Ah susah lah nak cakap. Gemuk dia tu aku tak boleh tahan. Muka dia mesti ah no komen. Dah lah jangan sebut pasal dia lagi.”

***************************

Ringggg! Ringggg!

“Eh Sam angkat handphone aku. Jangan-jangan dia. Kau berlagak jadi aku lah eh. Tolonglah.”

“Helo. Khalid speaking.”

“Hi Khalid, ni Diana lah. How are you.”

Semenjak peristiwa itu Khalid putuskan persahabatan sibernya dengan Diana. Khalid tidak dapat menerima kenyataan. Setiap kali Diana menelefon, Khalid akan menyuruh Sam berlagak menjadinya. Sehinggakan Diana menjadi lebih akrab dengan Sam. Akhirnya Sam memberitahu tentang lakonannya. Diana menerima kenyataan bahawa Khalid tidak mahu berkawan dengannya. Kini, Diana menjadi sahabat Sam.

Sam sudah mula menyimpan perasaan terhadap Diana setelah sekian lama bersembang di telefon. Begitu juga dengan Diana sehinggakan pada suatu hari mereka bercadang untuk berjumpa. Bagi Sam rupa tidak penting. Dia redha dengan rupa Diana. Yang penting Diana baik.

“Aku nak pergi jumpa Diana. Kau nak ikut tak?”

“Pergilah aku tak kuasa nak kacau korang. Semoga berjaya Sam J,” Sindir Khalid sambil meleparkan senyuman sinis.

“Eleh. Kerek ah kau. Ok aku nak pergi Pizza hut di Orchard. Kalau kau rasa-rasa gatal nak tengok dia ‘live’ kau datang dan join kita orang okay brader?”

“Jangan makan banyak-banyak. Suruh dia diet tau Sam. Hahaha.”

“Eh nanti aku rasa aku nak ikut boleh ke? Kalau aku boring aku pergi tempat lain.”

“Gatal lah kau. cepat siap.”

***********************************

“Helo Miss. I am sorry but I think you’ve got the wrong seat. I have booked this place.”

“Wrong seat? But this is the seat my friend booked.”

“Err. Can you check again?”

“Hi Sam. This is our seat. Saya Diana,” Diana bangun lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Sam.

“Hey Ni mesti Khalid. Hai Khalid saya Diana. Awak pun datang?”

Sam terpaku. Matanya terbeliak. Tangannya tidak terlepas dari genggaman Diana.

Raut wajah Khalid terus berubah. Lalu memegang erat bahu Sam.

Kedua-dua pemuda itu kelihatan seperti berjumpa dengan Siti Nurhaliza.

“Betul ke awak ni Diana? Saya ingat awak orang putih mana?” tanya Samad dengan penuh keraguan.

“Ye. Betul itu saya. Ya. Di gambar I lain. Gambar itu sebenarnya gambar dulu sewaktu badan saya gemuk tapi selepas diet beginilah. Oh ya memang orang putih tapi beragama islam J. Kerana itu awak salah sangka tadi. Awak ingat saya orang putih sesat mana yang duduk di tempat awak ni kan? Hehehe.”

“Tidakkkkkkk. Itu bukan Diana. Samad. Diana aku punya. Diana aku punya. Samad kasi aku balik. Samadddddddd Diana aku punya!!!!!!!!!!”

*******************************

“Khalid. Khalid. Apa nie jerit-jerit. Pekak telinga aku tau. Komputer bukak tapi orangnya tidur. Dah pergi tidur atas katil. Tengok tu basah bantal busuk kau dipenuhi dengan air liur eeeeeeee yuckss. Eee dah lah aku nak balik.”

“Cute! Cute mana kau.”

“Hi Cute. Cute. Cute???”

Doa Seorang Anak

“Kau jugak yang degil. Dulu abah suruh kau kahwin dengan si Malik tu tapi kau tak nak. Kononya hati kau belum terbuka lah itu lah ini lah. Kau nak sangat budak keparat tu. Kau tengok sekarang apa jadi. Huh. Dasar Penyangak! Kalau kau kawin dengan Malik, kau dah jadi bini Ustad sekarang.”

“Mak dah nasihat pada kau dulu. Ita tak nak dengar. Ita nak juga sehidup semati dengan si Kamal tu. Kau kata kau boleh ubahkan perangai dia? Sekarang apa jadi? Mak kesiankan Zizi. Budak tu tak berdosa tapi asyik jadi sasaran panas baran suami kau tu.”

“Mak, Abah! Itu kan semua dugaan Tuhan. Masalah Ita tahulah Ita selesaikan. Lagipun abang Kamal tetap suami Ita yang sah kan? Dah lah Mak, Ita datang ni pun pasal si Zizi dah rindukan neneknya. Ita balik dulu ya Mak. Nanti abang Kamal balik Ita tak de rumah pula.”

“Susah-susah kau tinggalkan sudah si Kamal penyangak tu. Daripada hidup kau sengsara lebih baik berjanda!”

“Abah!”

Ita terus mengangkat kaki lalu keluar dari rumah Bapanya, Pak Leh. Ita tidak sanggup mendengar cemuhan dari ibu-bapanya. Ita sedar dia yang telah memilih pasangan hidupnya sendiri dan akan menanggung setiap apa yang terjadi padanya hanya kerana cintanya yang lama terjamin sewaktu berada di bangku sekolah lagi. Ibu-bapanya tidak merestui perhubungan antara Ita dan Kamal. Namum, Ita tetap berdegil dan mahu sehidup semati dengan Kamal yang kini sudah menjadi suaminya selama 9 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata Zizi yang berumur 8 tahun.

Ita tidak sangka perangai suaminya semakin teruk. Dahulu, sewaktu bercinta bermacam-macam Kamal janji pada Ita. Kamal berjanji akan menjaga Ita dan membina sebuah mahligai yang bahagia bersama Ita. Ita, yang asyik mendengar kata-kata manis, berbunga-bunga dari mulut Kamal terhasut lalu sanggup hidup semati dengannya walau apa pun terjadi.

“Ita, Kamal terlalu mencintai Ita. Kamal tak sanggup berpisah dengan Ita. Kamal janji Kamal akan membahagiakan hidup Ita. Kita kahwin eh Ita?”

“Bu, Bu,” Zizi, anak Ita mengejutnya dari lamunan.

“Ibu kenapa nangis?”

“Tak ada apa- apa sayang. Yok balik. Kita naik teksi aje lah,” Ita mengesat air matanya.

*****************************

“Eh, Abang dah balik? Mak dan Abah kirim salam,” kelam kabut Ita salam Kamal sesampainya di rumah.

“Eh Ita! Kau tak reti duduk rumah eh? Aku balik dah berapa jam, kau masih di luar merayap! Pergi rumah Mak tu buat apa? Ngadu hal rumah lah tu?” Kamal meninggikan suara.

“Zizi rindukan nenek dia. Jadi Ita pergi sekejap. Ita ingat abang balik malam?”

“Dah aku nak keluar!”

“Abang tak solat Jumaat ke?”

“Eh Pompan! Kau jangan nak sibuk-sibuk dengan hal aku eh. Aku nak sembahyang ke tak nak tu aku punya pasal!” Kamal menghentak pintu lalu keluar dari rumah itu.

Ita kecewa. Sungguh kecewa kerana gagal membentuk suaminya yang tidak pernah kenal erti ibadah. Pergelokan hidup Kamal dilumuri dengan dosa. Tapi apakan daya Ita. Sebagai isteri dia harus mematuhi perintah suaminya dan sentiasa berada di sisinya.

“Bu, Bu, bangun. Ayah mabuk lagi ke bu? Bu, Zizi takut. Nanti ayah pukul Zizi,”

“ZIZI! Kenapa mainan kau letak di sini? Nak Ayah buang. Sini kau budak!” jerit Kamal lalu mencampakkan anak patungnya ke arah muka anaknya itu.

“Abang! Kalau nak marah Ita pun jangan lepaskan pada anak kita. Abang, Zizi masih kecil bang. Belum tahu erti kehidupan. Janganlah abang jadikan dia sebagai sasaran. Pukul Ita jangan pukul Zizi Bang,” Ita membela Zizi lalu memeluknya.

“Pergi Mampus dengan anak kau tu!”

Ita tidak mampu berbuat apa-apa. Anak yang kecil itu sentiasa dijadikan sasaran lelaki yang tidak bertanggung jawab itu. Setiap hari, Kamal pulang dengan keadaan mabuk. Arak yang diminumnya sudah menjadi air sehariannya. Untuk memburukkan lagi keadaan, nafkah tidak pernah diberi kepada anak bininya. Setiap pekerjaan yang dilakukan pasti tidak bertahan lama. Majikannya semua tidak tahan dengan perangai Kamal yang panas baran dan asyik dengan araknya yang berbotol-botol.

******************************

“Kenapa dengan pipi Zizi? Zizi kena pukul ke?” tanya guru sekolah Zizi.

“Semalam Zizi jatuh cikgu. Cikgu, Zizi nak balik. Ibu dah tunggu di luar. Bye Cikgu.” Zizi cuba menyembunyikan hal sebenar yang dia telah dipukul bantai oleh bapanya, Kamal.

“Bu. Tadi cikgu tanya kenapa pipi Zizi lebam.”

“Zizi cakap apa dengan cikgu?”

“Zizi kata Zizi jatuh. Kan ibu cakap tak baik burukkan keluarga sendiri?”

Ita memeluk erat Zizi.

“Ya nak. Macam mana jahat pun ayah Zizi, dia tetap ayah Zizi kan? Zizi berdoa ya nak semoga ayah Zizi berubah.”

Ita tidak dapat menahan sebak melihat anaknya Zizi yang sentiasa dipukul oleh Kamal. Ita pasrah. Ita tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk berubah suaminya. Ita juga kesal kerana biarkan anaknya Zizi menjadi korban perangai buruk Kamal. Ita tidak mampu untuk melawan suaminya yang sangat dicintai. Ita, yang bersifat lembut sentiasa berdiam apabila dimarahi suaminya. Sampai bila Ita mampu bertahan dengan kehidupannya ini?

“Abang, maafkan Ita kalau Ita bertanya suatu perkara?” Ita cuba berbaik dengan suaminya pada suatu malam.

“Apa dia?” tanya Kamal ringkas sambil membaca suratkhabar.

“Abang, Ita tahu sebagai isteri Ita harus patuh pada cakap suami, tapi Ita harus tegur abang kalau abang silap.” Kamal meletakkan suratkhabarnya lalu merenung tajam ke arah isterinya itu.

Ita tunduk, takut melihat tenungan suaminya yang garang itu.

“Abang, bertaubatlah bang. Kita hidup tak lama. Kalau boleh, demi Ita, demi Zizi abang buanglah tabiat minum arak tu. Kembali pada Allah bang,” Ita menahan sebak.

“Abang kami semua sayangkan Abang,”

Sebelum Ita dapat menyambung perkataanya Kamal menyampuk.

“Ita! Ini kehidupan aku. Aku beri kau amaran. Kau jangan cuba nak nasihat aku. Pergi Jahanam dengan kau punya ibadah! Kalau kau dah tak tahan kau boleh keluar dari rumah ini!” Kamal mengangkat kaki lalu keluar dari rumah itu.

Sikap Kamal yang tidak suka ditegur membuat Ita semakin pilu. Ita pasrah.

“Oh Tuhan. Kau bukalah hati Suamiku untuk kembali ke pangkal jalan. Aku tidak sanggup hidup dengan penderitaan ini,” Ita menangis.

“Bu,” Zizi muncul di pintu bilik Ita.

“Zizi!” Ita memeluk anaknya.

“Bu, Zizi benci ayah. Yok kita pergi rumah nenek bu?”

“Tidak nak. Bersabar ya nak. Sudah nasib kita macam gini nak. Zizi sentiasa berdoa ya nak. Zizi minta ampun pada Allah atas dosa ayah Zizi. Zizi minta Allah tolong Zizi dan Ibu ya nak,”

Anak sekecil 8 tahun itu terpaksa menjalani hidup yang begitu seksa, sentiasa dipukul, dimaki hamun oleh seorang bapa kandung yang tidak berkerimanusiaan, tanpa belaian kasih sayang dari seorang bapa. Ibunya sahaja yang dapat Zizi mengadu. Namum, walaupun mereka hidup dengan penuh kesengsaraan, Ita tetap bersabar dan sentiasa mengajar anaknya untuk kembali pada Allah swt.

******************

Pada suatu malam ketika Kamal baru pulang dari kedai Kopi, Kamal terdengar suara anaknya di dalam bilik Zizi. Kamal membuka pintu bilik Zizi.

“Oh Allah. Tolonglah Zizi. Ampunkan dosa ayah Zizi. Jadikan dia seorang yang baik. Kesiankan lah Ibu, Zizi,” Zizi, dengan telekung membungkusi tubuh kecilnya itu, duduk di atas sejadah kecil, menangis tersedu-sedu sambil menadahkan tangannya berdoa yang pernah diajar oleh Ita.

Kamal mendekati Zizi. Tangan kecil yang sedang menadah itu basah dipenuhi air mata seorang insan yang tidak berdosa. Tiba-tiba, Kamal menistiskan air mata yang jatuh ke atas kepala anak kecil itu. Hati kecil lelaki ego itu tersentuh dengan doa anak yang telah dipukul, dimaki hamun. Muncul perasaan kesal di lubuk hati Kamal.

Air mata anaknya telah membuat Kamal sedar. Kamal merendahkan tubuhnya ke arah Zizi. Kamal terus memeluk Zizi lalu meraung.

“Maafkan Ayah Zizi. Maafkan Ayah. Ayah janji tak buat lagi nak,” Kamal tersedu-sedu.

“Zizi sayang Ayah!”

Air mata seorang insan yang masih belum faham erti kehidupan, yang menjadi korban seorang ayah yang zalim telah merubah segala-galanya. Telah membawa seorang manusia durjana ke pangkal jalan. Begitu kuat kuasa sesebuah doa kepada Allah s.w.t


Yang Terakhir

Shikin mencampakkan novel ‘Salina’ itu ke dinding.

‘Ah…sudah! Aku tak mahu dengar apa-apa lagi mengenai ayah aku. Bingit…kau tahu tak..B-I-N-G-I-T! Bingit! Ayah aku tak pernah adil. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau abang aku…hai..semuuaaa boleh. Asyik besarkan abang aku saja,’ luah Shikin pada Lina, rakan kamcengnya.

Shikin sudah tidak boleh tahan dengan perangai ayahnya. Asal dia hendak keluar dengan rakan-rakannya, mesti ada halangan. Kalau abangnya, Uthman keluar bukan mainnya senang. Minta kebenaran dan dua keping wang nota lima puluh dolar, terus dia keluar. Nak keluar sampai pukul dua belas malam pun ayahnya tak kisah. Asalkan dia balik sudah.

Lain pula keadaanya bagi Shikin. Asal dia hendak keluar, bertubi-tubi soalan yang ditanya ayahnya. Nak keluar dengan siapa, nak pergi mana, balik pukul berapa dan seribu macam soalan lagi. Balik lambat satu minit pun tak boleh. Nanti mulalah ayahnya membebel. Bermulalah cerita dongengnya kononnya anak gadis hari ini tak tahu duduk diam di rumah, asyik lepak tak tentu arah. Kalahkan anak lelaki. Padahal Shikin keluar kerana ingin berbincang dengan rakan-rakannya mengenai projek sekolah. Di mana lagi ‘port’ mereka kalau bukan di perpustakaan Tampines.

Walaupun umur Shikin menjangkau tujuh belas tahun namun dia tidak sebebas rakan-rakannya yang lain. Shikin tahu harapan ayahnya tinggi mengunung ingin melihatnya berjaya namun dia tidak faham mengapa ayahnya suka sangat menyekat kebebasannya. Tidak banggakah dia dengan sebelas A1 yang Shikin dapat dalam peperiksaan peringkat ‘O’ tahun lalu? Masih tidak gembirakah dia Shikin mendapat tempat di maktab rendah terunggul iaitu Cambridge yang dia sendiri pernah menuntut sewaktu dia masih digelar seorang pelajar? Apa lagi yang dia mahu? Semua harapannya hampir terlaksana. Tinggal menunggu Shikin melangkah ke menara gading. Itu pun sudah ditentukan olehnya.

‘Ikin mesti janji dengan ayah yang Ikin akan belajar bersungguh-sungguh. Kalau abang di Universiti Singapura, ayah mahu Ikin belajar di Universiti Harvard. Bolehkan Tengku Shikin?’ tanya ayahnya, Tengku Fauzi apabila dia bersembang dengan Shikin atau nama timangannya Ikin selepas mereka makan malam dua hari yang lalu.

‘Insya-Allah, ayah. Akan Ikin laksanakan impian ayah itu. Eemm…ayah…esok malam Ikin ada Majlis Hari Guru di Hotel Hyatt. Rakan-rakan Ikin semuanya dah beria-ia nak ajak Ikin ke sana. Guru-guru kami pun ada. Boleh eh yah Ikin pergi? Baju untuk majlis itu pun Ikin dah beli tengahari tadi bersama Lina di Metro,’ kata Shikin dengan suaranya yang manja selain mengukirkan senyuman yang manis sekali.

‘Apa? Majlis makan malam? Kan ayah dah cakap beribu-ribu kali yang ayah tak suka Ikin keluar malam. Ikin masih tidak faham lagi?’ tanya ayahnya dengan suara yang tegas.

‘Alah ayah. Kan ayah boleh hantar Ikin ke majlis itu. Taklah ayah risau sangat. Nanti pulang ayah ambil Ikin lagilah,’ jawab Shikin bersungguh-sungguh.

‘Esok ayah tak boleh hantar Ikin sebab ayah ada kes jenayah yang perlu ayah selesaikan di mahkamah esok dan ayah akan pulang lambat. Dah, dah. Ayah tak mahu dengar apa-apa lagi dari Ikin. Ikin duduk rumah diam-diam dan ulangkaji pelajaran Ikin. Keputusan Bahasa Melayu Lanjutan dalam peperiksaan pertengahan tahun Ikin cuma dapat B3 saja. Pergi ulangkaji untuk subjek itu. Yang ayah tahu peperiksaan akhir tahun Ikin mesti dapat A1,’ kata Tengku Fauzi, dengan mimik mukanya yang garang ditambah lagi dengan suaranya yang tegas.

Shikin hanya diam. Dia tidak berani melawan kata-kata ayahnya yang sememangnya amat tegas dan sukar untuk bertolak-ansur dengannya. Shikin terus melangkah ke kamarnya tanpa menegur ayahnya.

Sesampai di kamarnya, dia terus menyembamkan dirinya di atas katil empuk yang diselimuti cadar berwarna merah pulasan. Air matanya seakan ingin mengalir tetapi tidak terdaya apabila dia cuba menahan api kemarahannya. Dia terus memeluk bantal panjang yang empuk itu dan memandang potrait ibunya yang tergantung di dinding biliknya.

‘Ibu! Tengok sahajalah keadaan satu-satu anak perempuanmu ini yang sering dikongkong. Ibu! Mengapalah kamu harus pergi ketika anakmu ini masih mendahagakan kasih sayangmu? Mengapa kamu harus menyahut seruan Illahi ketika aku masih memerlukanmu untuk melindungi aku? Mengapa ibu, mengapa?’ tanya Shikin dalam hatinya.

Ibu Shikin, Delilah dicabut nyawanya oleh Malaikat Izrail lima tahun yang lalu setelah mempertaruhkan nyawanya dalam satu pembedahan kerana menghidapi barah payudara. Dia tidak sempat diselamatkan kerana barahnya telah merebak walaupun pembedahan itu adalah yang ketiga. Kesian Shikin. Dalam meniti alam remajanya dia kehilangan orang yang amat-amat dia cintai.

Hanya seorang ibu yang dapat memahami masalah yang melanda anaknya. Hanya seorang ibu yang mempunyai firasat apa akan terjadi jika gelora yang melanda anaknya itu tidak diselesaikan. Ini semua dapat Shikin alami selama dua belas tahun sahaja dan di kala dia meniti alam remaja yang penuh dengan pancaroba, ibunya menyahut panggilan Illahi dan tidak dapat menemaninya. Hanya tinggal bapanya untuk mendidik dan menjaga dia serta abangnya.

‘Ibu, Ikin sudah tidak tertahan lagi jiwa dan jasad ini dikongkong dari dunia luar. Apa yang harus Ikin lakukan, ibu? Haruskah Ikin terus mengikut perintah ayah walaupun jiwa Ikin sering terseksa? Tidak! Ikin harus lepas dari cengkaman ayah! Ikin mahu berdikari! Ikin mahu bebas dari penjara ayah! Ikin nekad akan melakukan ini dan akan Ikin buktikan bahawa Ikin boleh berjaya tanpa seorang ayah yang sering memenjarakan Ikin dari dunia luar,’ debat Ikin dalam sanubarinya dengan ketegasan dan kenekatan.

Pada keesokan harinya, selepas pulang dari sekolah dia tidak pulang sebaliknya mengikut Lina pulang dengan alasan ingin menumpang rumahnya buat sementara waktu. Lina, walaupun teragak-agak namun dibenarkan. Dia tahu ada masalah yang melanda rakan baiknya itu semenjak beberapa hari yang lalu. Akan dia menanyakan rakan baiknya itu akan gelora yang berkocak di dalam hatinya.

Kejadian pada malam semalam masih berlegar-legar di dalam fikiran Shikin apabila dia menceritakannya pada Lina. Lina yang terperanjat dengan kelakuan Shikin yang tiba-tiba mengamuk apabila dia cuba menasihatinya terkedu sebentar. Dia memandang ke jam berbentuk hati berwarna merah. Sudah pukul 9 malam. Waktu begini berita sedang dibaca di stesen radio RIA. Lina terus membuka radio. Memang tepat jangkaannya. DJ Shasha, deejay kegemarannya sedang menyampaikan berita.

‘Sebuah nahas jalan raya berlaku tadi sekitar 8.15 malam di Alexander Road di mana sebuah lari telah merempuh sebuah kereta Proton Wira berwarna biru gelap….’ DJ Shasha membaca berita.

‘Eh, Lin. Kuatkan lagi suara radio tu,’ perintah Shikin pada Lina yang sedang terbaring di permaidani bulat.

Lina bingkas bangun dan melakukan apa yang disuruh Shikin.

‘Dalam nahas tersebut, pemandu lori itu gagal mengawal lorinya apabila di cuba membelok ke kanan menuju Alexander Road lalu merempuh kereta Proton tersebut dari belakang. Pemandu kereta itu yang merupakan seorang lelaki Melayu berumur sekitar 40-an cedera parah akibat dari pelanggaran itu dan dikejarkan ke Hospital Besar Singapura. Identitinya masih belum diberitahu oleh pihak polis. Sesiapa yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Trafik Polis di 258 5858,’ terang pembaca berita tersebut.

‘Eh..biar betul. Ayah aku berumur sekitar 40-an dan dia memang memandu kereta Proton Wira. Takkan itu ayah aku? Lina, macam mana ni? Ah..ah..tak mengapalah biar aku telefon ayah aku dulu,’ kata Shikin dengan nada cemas lalu dia mencapai telefon bimbitnya dan menekan nombor telefon ayahnya.

‘Lina! Ayah aku tak angkat telefon bimbitnya. Aku telefon di pejabatnya dan rumah pun tak ada orang yang angkat. Mari ah ikut aku. Kita naik teksi pergi hospital tu. Risau betul aku selagi aku tak tahu siapa pemandu yang cedera parah itu,’ kata Shikin, yang diikuti oleh Lina beredar dari bilik Lina.

Sesampainya di Hospital Besar Singapura, mereka terus menuju ke meja pendaftaran di Unit Kecemasan.

‘Cik, cik, boleh saya tahu lelaki yang terlibat dalam kemalangan di Alexander Road kini di mana?’tanya Shikin pada jururawat yang bertugas itu dengan tergopoh-gapah dengan nada yang agak sesak.

‘Oh..dia kini sedang dibedah di bilik pembedahan di tingkat dua. Boleh saya tahu awak…’jawab jururawat itu.

Namun belum jururawat itu habis bertanya, Shikin terus menarik tangan Lina dan mereka berlari ke arah lif untuk ke tingkat dua. Orang disekeliling mereka hanya dapat melihat kelakuan mereka. Sudah menjadi lumrah perkara sebegini terjadi di Unit Kecemasan.

‘Eh…bilik pembedahan yang mana satu?’ tanya Lina sebaik mereka sampai di tingkat dua.

‘Eeemmm..mari kita cari. Oh…aku rasa bilik itu. Cepat!’ jawab Shikin dan mereka berjalan dengan pantas di bilik pembedahan lima di mana lampu ‘Operation Theatre’ dinyalakan.

Apabila mereka sampai di bilik pembedahan tersebut, seorang doktor baru keluar lalu menegur mereka.

‘Adakah awak anak kepada pemandu tersebut?Eemmm..minta maaf kerana saya tidak dapat menyelamatkan dia,’ kata doktor lelaki itu.

Pintu bilik pembedahan dibuka dan sebuah mayat kaku terbaring di kereta sorong itu. Shikin dengan perlahan-lahan membuka kain yang menutupi mayat tersebut…